Students’ engagement and perceived effectiveness of Wordwall activities for ESL sentence construction
This study investigated students' behavioural, emotional and cognitive engagement, and their perceived effectiveness of Wordwall, following the use of Wordwall activities in English sentence construction lessons in one secondary school in Malaysia. While digital and game-based learning are gaining traction in the language classroom, constructing sentences can be a challenge for language learners and may need to be practised multiple times with feedback and active engagement. A quantitative descriptive survey design was employed with 55 Form 1 and Form 2 students from four classes in one secondary school in Malaysia. The participants engaged in three Wordwall-based sentence construction sessions followed by a post-intervention questionnaire that measured behavioural, emotional and cognitive engagement and the perceived effectiveness of Wordwall. The data were analysed using frequencies, means, standard deviations and Cronbach's alpha to assess the internal consistency of the questionnaire scales. The results showed that self-reported engagement scores were moderately positive across all three dimensions, with emotional engagement recording the highest mean score (M = 3.45, SD = 0.85), followed by cognitive engagement (M = 3.42, SD = 0.82) and behavioural engagement (M = 3.34, SD = 0.84); however, differences among the three dimensions were small. Students also reported moderately positive perceptions of the effectiveness of Wordwall for learning sentence construction (M = 3.28, SD = 1.09). These findings suggest that Wordwall may serve as a supplementary tool in interactive and participatory sentence construction lessons. However, the study did not measure learning gains, no control group was used, and the small convenience sample limits generalisation; the results therefore reflect students' self-reported perceptions only. Future research should incorporate objective measures of learning and stronger comparative designs in ESL classrooms. Kajian ini meneliti penglibatan tingkah laku, emosi dan kognitif pelajar serta persepsi mereka terhadap keberkesanan Wordwall susulan penggunaan aktiviti Wordwall dalam pengajaran pembinaan ayat bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Walaupun pembelajaran digital dan pembelajaran berasaskan permainan semakin mendapat tempat dalam bilik darjah bahasa, pembinaan ayat boleh menjadi cabaran kepada pelajar dan mungkin memerlukan latihan berulang dengan maklum balas serta penglibatan aktif. Reka bentuk tinjauan deskriptif kuantitatif digunakan melibatkan 55 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 daripada empat kelas di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Peserta kajian mengambil bahagian dalam tiga sesi pembinaan ayat berasaskan Wordwall yang diikuti dengan soal selidik pascaintervensi untuk mengukur penglibatan tingkah laku, emosi dan kognitif serta persepsi terhadap keberkesanan Wordwall. Data dianalisis menggunakan kekerapan, min, sisihan piawai dan alfa Cronbach bagi menilai ketekalan dalaman skala soal selidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor penglibatan yang dilaporkan sendiri oleh pelajar berada pada tahap sederhana positif merentasi ketiga-tiga dimensi, dengan penglibatan emosi mencatatkan skor min tertinggi (M = 3.45, SD = 0.85), diikuti oleh penglibatan kognitif (M = 3.42, SD = 0.82) dan penglibatan tingkah laku (M = 3.34, SD = 0.84). Walau bagaimanapun, perbezaan antara ketiga-tiga dimensi tersebut adalah kecil. Pelajar juga melaporkan persepsi yang sederhana positif terhadap keberkesanan Wordwall dalam pembelajaran pembinaan ayat (M = 3.28, SD = 1.09). Dapatan ini menunjukkan bahawa Wordwall berpotensi digunakan sebagai alat sokongan dalam pengajaran pembinaan ayat secara interaktif dan melibatkan penyertaan aktif pelajar. Namun demikian, kajian ini tidak mengukur peningkatan hasil pembelajaran, tiada kumpulan kawalan digunakan, dan saiz sampel mudah yang kecil membataskan kebolehumuman dapatan. Oleh itu, dapatan kajian ini hanya mencerminkan persepsi yang dilaporkan sendiri oleh pelajar. Kajian pada masa hadapan wajar menggunakan pengukuran hasil pembelajaran secara objektif serta reka bentuk kajian perbandingan yang lebih kukuh dalam bilik darjah bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL).
Authors
- Wirawati Yi Xe Ngui (ORCID: https://orcid.org/0000-0003-0204-6523)
- Nur Aina Amanina Rusli
- Xiaohua Peng
Publication Details
- Journal
- Borneo International Journal of Education (BIJE)
- Published
- 2026-11-16
- DOI
- https://doi.org/10.51200/bije.v8i1.8309
- Primary Topic
- English Language Learning and Teaching
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00