Analisis leksikal dialek Pahang dalam lirik lagu Kumpulan Anok Semantan: kefahaman mahasiswa Pahang di UIAM Pagoh
Dialek Pahang mempunyai variasi pertuturan mengikut daerah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan mahasiswa terhadap makna leksikalnya. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa Pahang terhadap leksikal dialek Pahang dalam lirik lagu Kumpulan Anok Semantan serta menganalisis faktor yang mempengaruhi kefahaman tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual berstruktur dan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman mahasiswa Pahang UIAM Pagoh berada pada tahap sederhana kerana terdapat leksikal yang tidak pernah mereka gunakan dalam kehidupan harian. Faktor keluarga, rakan, tempat tinggal dan persekitaran turut dikenal pasti sebagai faktor utama. Jelasnya, kajian ini akan menjadi kajian lanjutan tentang dialek Pahang yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pengkaji yang akan datang
Authors
- Khairul Ashraaf Saari (ORCID: https://orcid.org/0000-0001-7556-5071)
- Nursyafiqah Najwa Ismadi
- Mohamad Suhaizi Suhaimi
Publication Details
- Journal
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Published
- 2026-04-21
- Primary Topic
- Linguistic, Cultural, and Literary Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00