Ibadah haji: tip persediaan gaya hidup dan kesihatan
Kuota rasmi kekal 31,600 jemaah untuk musim haji 2026 (1447H) di Malaysia dengan 18% sahaja menangguhkan tawaran, menandakan pemenuhan penuh kuota, dan kos haji Muassasah dikekalkan pada RM33,300 per Jemaah. Maklumat ini merujuk kepada data terkini dari TH dan berita November/Disember 2025 yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan (Raiham, 2025). Turut difahamkan, Tabung Haji telah menerima lebih 84,000 permohonan rayuan mengerjakan ibadat haji. Jika ada rezeki, Jemaah yang merayu bakal mengisi kekosongan kuota yang ditawarkan sekitar 31,600 oleh kerajaan Arab Saudi sekiranya ada penolakan supaya dipenuhi 100 peratus setiap tahun. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada sebahagian para jemaah haji yang bakal berlepas tidak lama lagi. Baki yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi ini sebaiknya dirancang dengan baik bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap optimum. Rata-rata yang menerima panggilan haji bukanlah individu yang sihat tubuh badan semata-mata. Tetapi, ada antara para jemaah yang menghidapi penyakit kronik tetapi terkawal. Antaranya adalah penyakit hipertensi (darah tinggi), diabetes melitus (kencing manis), kardiovaskular (jantung) dan lain-lain lagi. Penyakit-penyakit di atas berkait rapat dengan gaya hidup seseorang seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan pengurusan emosi. Oleh itu, jadikan panggilan haji sebagai motivasi diri dan waktu yang tepat untuk membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan para jemaah bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum. Bersesuaian dengan hadith yang diperolehi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekututan. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)] Penulisan ini akan dibahagikan kepada beberapa komponen tip-tips persediaan gaya hidup dan kesihatan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji.
Authors
- Siti Noorkhairina Sowtali
Publication Details
- Journal
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Published
- 2026-01-14
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00