HORIZON DIDAKTIK DALAM NARATIF ANIMASI UPIN & IPIN: ANALISIS SEMIOTIK PEIRCE
Didaktisisme merangkumi nilai dan unsur pengajaran yang disampaikan dalam sesebuah karya sastera dengan tujuan membentuk pemahaman serta memurnikan tingkah laku masyarakat. Dalam konteks penulisan skrip, penerapan didaktisisme amat signifikan kerana mampu memupuk generasi muda agar lebih peka terhadap nilai moral dan etika yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Medium animasi yang sering dilihat sebagai bahan hiburan turut berperanan sebagai wahana pendidikan yang berkesan untuk menyampaikan mesej berunsur pengajaran. Kekurangan kajian mendalam mengenai elemen didaktisisme dalam animasi tempatan menjadi dorongan utama kepada pelaksanaan kajian ini. Makalah ini menganalisis secara rinci elemen didaktisisme yang terdapat dalam siri animasi Upin dan Ipin menerusi episod Aku Sebuah Buku menggunakan teori semiotik Peirce sebagai kerangka analisis utama. Pengaplikasian pendekatan kualitatif dilakukan melalui kaedah kepustakaan dan analisis tekstual selain merujuk kepada sumber dalam talian untuk menghuraikan makna simbolik yang berkaitan dengan elemen didaktik. Dapatan kajian menunjukkan episod Aku Sebuah Buku menampilkan pelbagai unsur pengajaran yang berasaskan bentuk puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Simbol-simbol yang digunakan dalam bentuk naratif kesusasteraan ini dapat ditafsirkan secara jelas menerusi teori semiotik Peirce, sekali gus memperkukuh mesej didaktik yang ingin disampaikan kepada penonton. Kajian ini diharapkan dapat memperluas perbincangan berkaitan fungsi sastera dalam medium animasi serta membantu generasi muda menghargai nilai kesusasteraan dalam konteks perkembangan semasa.
Authors
- Mohamad Suhaizi Suhaimi
- Azean Idruwani Idrus
- Aminnudin Saimon
- Nur Liyana Masturah zamri
- Mohd Saipuddin suliman
Publication Details
- Journal
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Published
- 2025-12-26
- Primary Topic
- Linguistic, Cultural, and Literary Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00