KIT-DIDIK INTERAKTIF SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN
Kajian ini bertujuan menganalisis keberkesanan penggunaan aplikasi Powtoon dan Educaplay sebagai medium pembelajaran interaktif dalam meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid Tahun 3. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kaedah campuran (mixed-methods approach), dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif bagi memperoleh gambaran komprehensif tentang kesan intervensi. Data kuantitatif diperoleh melalui aktiviti jaringan lelabah dan latihan penulisan, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dari segi pemahaman dan penggunaan penjodoh bilangan oleh murid selepas intervensi. Aplikasi Powtoon berperanan sebagai alat penyampaian konsep berasaskan prinsip Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia, manakala Educaplay digunakan untuk menguji dan mengukuhkan kefahaman melalui aktiviti interaktif berasaskan permainan (game-based learning). Kesimpulannya, integrasi teknologi multimedia interaktif berupaya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, relevan, dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan dengan saiz sampel yang lebih besar serta penerapan teknologi pendidikan baharu, seperti realiti terimbuh (augmented reality) dan pembelajaran adaptif berasaskan kecerdasan buatan, bagi memperkukuh kualiti pengajaran Bahasa Melayu di pelbagai konteks pendidikan.
Authors
- Azean Idruwani Idrus
- Nur Erizsha Ezlin Zaini
- Fatin Nadhirah Mohamad Noor
- Nur Ameera Nafisah Mohamad Aznool Haidy
- Nurazlina Muhammat
Publication Details
- Journal
- The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
- Published
- 2025-06-30
- Primary Topic
- Educational Methods and Technology
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00