Pembangunan E-Modul Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Pembuatan Pakaian Wanita
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan e-modul interaktif bagi subjek Pembuatan Pakaian Wanita bagi sub topik Pembuatan Pakaian Kanak-Kanak dalam Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Pembangunan e modul menggunakan model ADDIE, yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Kajian ini mengenal pasti keperluan pelajar dan guru terhadap bahan bantu mengajar interaktif melalui analisis dokumen serta kajian literatur. E-modul ini dirancang dengan elemen multimedia seperti teks, imej, grafik, animasi, dan video untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan melibatkan tiga orang pakar bidang sebagai penilai. Penilaian kesahan kandungan dilakukan melalui borang rubrik yang mengukur aspek reka bentuk, kandungan, dan keberkesanan e-modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa e-modul yang dibangunkan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan memperbaiki pemahaman mereka terhadap topik Pembuatan Pakaian Kanak-Kanak. Dapatan kajian menyokong penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar yang relevan dengan keperluan pendidikan moden. Kajian ini turut menyumbang kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menyokong usaha membangun pelajar celik teknologi dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Implikasi kajian ini menegaskan pentingnya pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dan menyarankan pengembangan lanjut bagi memperkayakan kandungan e-modul
Authors
- Learneth Eldina Apat@Eppol
Institutions
- Sultan Idris Education University (MY)
Publication Details
- Journal
- TVET Research & Innovation Journal
- Published
- 2025-12-08
- DOI
- https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.5.2025
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00