Penggunaan Aplikasi Visual dalam Mata Pelajaran Asas Tanaman untuk Murid Ketidakupayaan Pendengaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah
Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ketidakupayaan pendengaran berdepan dengan kesukaran untuk memahami teori dalam mata pelajaran vokasional Asas Tanaman disebabkan oleh kekangan pemahaman bahan bacaan, kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional, pemilihan bahan Bantu mengajar yang kurang sesuai dan masalah komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan aplikasi visual bagi murid ketidakupayaan pendengaran dalam mata pelajaran Asas Tanaman dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah menengah. Kaedah visual berfungsi sebagai medium komunikasi untuk menerima dan menyampaikan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan visual atau deria penglihatan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes, pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan secara temu bual separa berstruktur dan pemerhatian melibatkan 3 orang guru yang mengajar Asas Tanaman kepada MBPK ketidakupayaan pendengaran. Data dianalisis secara tematik bagi menghasilkan tema-tema untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan semua responden menggunakan aplikasi visual seperti video YouTube, gambar, bahan maujud, dan laman web pendidikan semasa PdP. Penggunaan aplikasi ini membantu mengurangkan jurang komunikasi dan meningkatkan kefahaman pelajar, penglibatan dalam kelas serta prestasi akademik pelajar. Guru yang kurang mahir bahasa isyarat juga mampu menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dengan bantuan aplikasi visual. Murid menunjukkan minat yang tinggi semasa PdP, Penglibatan aktif dalam kelas serta kebolehan dari segi mengaplikasikan pembelajaran asas tanaman semasa amali. Aplikasi visual sangat menyokong pembelajaran kendiri MBPK ketidakupayaan pendengaran. Dengan ini diharapkan kajian ini akan dilanjutkan dengan kaedah mix method dan memperluaskan skop kepada mata pelajaran khas lain bagi menilai keberkesanan aplikasi visual secara menyeluruh.
Authors
- Noraini Binti Abdullah
- Johthi Subramaniam
- Sharifah Nurulaisyah Syed Tahir
Institutions
- Sultan Idris Education University (MY)
Publication Details
- Journal
- TVET Research & Innovation Journal
- Published
- 2025-12-08
- DOI
- https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.2.2025
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00