Teknik “Simbol” satu kaedah menguasai tajuk teori pengeluaran
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Wira berkaitan topik pengeluaran. Murid tingkatan 5 Wira merupakan murid kategori tahap penguasaan dan kemahiran sederhana. Semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik pengeluaran, pemerhatian menunjukkan murid kurang berminat, suka berbuat bising dan sentiasa mengantuk semasa PdP dijalankan. Selain itu, murid tingkatan 5 Wira kurang memahami elemen dalam tajuk teori pengeluaran adalah jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran marginal. Objektif pertama ialah meningkatkan keupayaan murid untuk menghafal formula jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran marginal. Objektif kedua ialah menghitung jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. Objektif ketiga ialah menjelaskan hubung kait antara jumlah keluaran, dengan keluaran purata dan keluaran marginal. Seramai 18 murid tingkatan 5 Wira dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik dan ujian pra. Ujian pra menunjukkan 18/18 murid mendapat gred G. Bagi keputusan ujian pra juga kurang memberangsangkan. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 10 minggu. Bagi hasil pemerhatian menunjukkan murid lebih seronok dan tidak mengantuk semasa PdP. Dapatan soal selidik menunjukkan seramai 18/18 murid lebih mengingati dan menghafal formula jumlah kos, kos purata. Hasil keputusan ujian pos menunjukkan sebanyak 4 (22.22%) orang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang iaitu gred A, 7 (38.89%) murid mendapat gred B dan 7 (38.89%) murid mendapat gred C. Kesimpulannya, kajian tindakan ini memberi impak kepada guru-guru untuk menjalankan anjakan paradigma daripada pengajaran hanya berpusatkan kepada peperiksaan malah murid perlu meneroka ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam mata pelajaran ekonomi. Teknik Simbol sangat signifikan dan telah berubah sikap murid lebih berminat mempelajari mata pelajaran ekonomi.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-09-01
- Primary Topic
- Innovations in Educational Methods
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00