"Maaf, saya lambat…”: menelusuri isu kehadiran dan impaknya terhadap pendidikan berkualiti / Siti Aimi Mohamad Yasin ... [et al.]
“Maaf, saya lambat hadir kelas hari ini” dan “Maaf, saya tidak dapat hadir kuliah” adalah ungkapan yang sering diberi oleh mahasiswa kepada pensyarah setiap semester. Isu kelewatan dalam kalangan mahasiswa hadir ke kuliah telah menjadi satu fenomena yang biasa di kalangan mahasiswa di universiti dan institusi pengajian tinggi. Walapun masalah ini kelihatan remeh, ia sebenarnya mencerminkan pelbagai aspek dalam sistem pendidikan dan persekitaran mahasiswa demi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai. Pendidikan berkualiti adalah salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan bahawa semua orang dari pelbagai latar belakang dapat mengakses pendidikan yang baik. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah suatu aspek yang amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera, berpengetahuan, dan berdaya saing. Namun, dalam usaha untuk mencapai pendidikan berkualiti terdapat pelbagai cabaran yang perlu di hadapi.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00