Pendidikan berkualiti di Malaysia: cabaran dan masa depan / Suwaibah Mohamed
Pendidikan adalah asas kepada pembentukan seseorang manusia, masyarakat dan akhirnya sebuah negara dan ketamadunan, Oleh itu akses kepada pendidikan sudah menjadi satu keperluan yang tidak boleh diketepikan. Di Malaysia, agenda pendidikan merupakan agenda dan keutamaan kerajaan. Menurut UNESCO, pendidikan berkualiti bukan sahaja merangkumi penyampaian ilmu pengetahuan tetapi juga memastikan keberkesanan pembelajaran, kesaksamaan akses, keberlanjutan sistem pendidikan, dan relevansi dengan keperluan sosial serta ekonomi. Pendidikan yang berkualiti juga harus menjamin perkembangan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar agar mereka dapat menyumbang secara aktif kepada masyarakat dan negara. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa isu dan cabaran dalam pendidikan di Malaysia yang perlu ditangani untuk memastikan ianya berkualiti dan inklusif.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00