HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYUSTANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL

Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik Sabah di Malaysia. Sebahagian besar penduduknya tinggal di wilayah-wilayah pesisir pantai di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Mereka terkenal dengan gelaran gipsi laut kerana kependudukan mereka yang berada di pesisir laut dan pantai sejak dahulu lagi. Etnik Bajau sangat mahir dan menguasai cara hidup di laut termasuklah membina rumah di atas laut, menangkap hasil laut, menyelam dan sebagainya. Mereka juga memiliki dialek yang berbeza bergantung kepada wilayahnya kerana Bajau terbahagi kepada dua golongan iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Walaubagaimanapun, dialek-dialek antara mereka masih memiliki kesamaan yang kuat dalam kosa kata dan struktur tatabahasa. Justeru, pengkaji telah menjalankan satu kajian tentang bahasa Bajau dan bahasa Melayu kerana dilihat kedua-dua bahasa tersebut memiliki beberapa persamaan leksikal dari aspek ejaan dan sebutan namun berbeza makna atau lebih dikenali sebagai homonim. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu mengenal pasti homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard dan membincangkan semantik leksikal dari segi hubungan makna homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu pemerolehan data melalui Google Forms dan temu bual. Seramai 35 responden yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kajian ini menggunakan Teori Semantik Leksikal dalam menganalisis hubungan makna homonim. Hasil dapatan menunjukkan sebanyak 53 leksikal bahasa Bajau yang mempunyai hubungan homonim dengan bahasa Melayu standard. Persamaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa tersebut didorong oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, faktor perkahwinan dan faktor migrasi masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk menampilkan bahasa Bajau yang berhomonim dengan bahasa Melayu standard bagi mengelakkan salah tafsir antara bahasa tersebut.

Publication Details

Journal
The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
Published
2025-10-01
Primary Topic
Linguistic, Cultural, and Literary Studies
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYUSTANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL

The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
Linguistic, Cultural, and Literary Studies
article

HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYUSTANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL

article en

Abstract

Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik Sabah di Malaysia. Sebahagian besar penduduknya tinggal di wilayah-wilayah pesisir pantai di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Mereka terkenal dengan gelaran gipsi laut kerana kependudukan mereka yang berada di pesisir laut dan pantai sejak dahulu lagi. Etnik Bajau sangat mahir dan menguasai cara hidup di laut termasuklah membina rumah di atas laut, menangkap hasil laut, menyelam dan sebagainya. Mereka juga memiliki dialek yang berbeza bergantung kepada wilayahnya kerana Bajau terbahagi kepada dua golongan iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Walaubagaimanapun, dialek-dialek antara mereka masih memiliki kesamaan yang kuat dalam kosa kata dan struktur tatabahasa. Justeru, pengkaji telah menjalankan satu kajian tentang bahasa Bajau dan bahasa Melayu kerana dilihat kedua-dua bahasa tersebut memiliki beberapa persamaan leksikal dari aspek ejaan dan sebutan namun berbeza makna atau lebih dikenali sebagai homonim. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu mengenal pasti homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard dan membincangkan semantik leksikal dari segi hubungan makna homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu pemerolehan data melalui Google Forms dan temu bual. Seramai 35 responden yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kajian ini menggunakan Teori Semantik Leksikal dalam menganalisis hubungan makna homonim. Hasil dapatan menunjukkan sebanyak 53 leksikal bahasa Bajau yang mempunyai hubungan homonim dengan bahasa Melayu standard. Persamaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa tersebut didorong oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, faktor perkahwinan dan faktor migrasi masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk menampilkan bahasa Bajau yang berhomonim dengan bahasa Melayu standard bagi mengelakkan salah tafsir antara bahasa tersebut.

The International Islamic University Malaysia Repository (The International Islamic University Malaysia)
Quality Education
Openalex Percentile: Top 28%
Linguistic, Cultural, and Literary Studies
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.