Dari desa ke varsiti: motivasi dan aspirasi pelajar orang asli / Ina Murni Hashim ... [et al.].
Pendidikan berkualiti merupakan Matlamat Pembangunan Lestari ke-4 (SDG 4) yang digariskan bertujuan memastikan pendidikan inklusif, saksama, dan berkualiti untuk semua. Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyokong matlamat tersebut, termasuk memperbaiki kualiti, dan keberkesanan pengurusan pendidikan, memberikan akses kepada teknologi digital untuk pelajar di kawasan luar bandar, serta memberikan bantuan kewangan seperti Skim Bantuan Persekolahan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Dalam konteks masyarakat orang asli di Malaysia, peranan pendidikan berkualiti adalah sangat signifikan untuk memutuskan kitaran kemiskinan, meningkatkan taraf hidup, serta mengurangkan jurang sosial dengan komuniti lain. Pendidikan yang menghormati budaya mereka juga dapat membantu memelihara identiti masyarakat ini.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Education and Vocational Training
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00