Pelaksanaan Inovasi dalam Program Homestay: Ke Arah Destinasi Mesra Muslim

Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam. Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya. Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia. Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global. Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan. Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay. Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia. Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia

Publication Details

Journal
Universiti Utara Malaysia Institutional Repository (Universiti Utara Malaysia)
Published
2024-12-01
Primary Topic
Halal products and consumer behavior
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

Pelaksanaan Inovasi dalam Program Homestay: Ke Arah Destinasi Mesra Muslim

Universiti Utara Malaysia Institutional Repository (Universiti Utara Malaysia)
Halal products and consumer behavior
article

Pelaksanaan Inovasi dalam Program Homestay: Ke Arah Destinasi Mesra Muslim

article en

Abstract

Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam. Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya. Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia. Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global. Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan. Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay. Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia. Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia

Universiti Utara Malaysia Institutional Repository (Universiti Utara Malaysia)
Openalex Percentile: Top 25%
Halal products and consumer behavior
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.

Pelaksanaan Inovasi dalam Program Homestay: Ke Arah Destinasi Mesra Muslim · Universiti Utara Malaysia Institutional Repository (Universiti Utara Malaysia) (2024) | TGRS Research Map | TGRS