e-Manual interaktif Bahasa Arab: bangun pasukan, bina bahasa

Projek inovasi ini mengetengahkan pembangunan e-Manual Interaktif Aktiviti Bahasa Arab yang dibangunkan melalui platform digital Padlet, sebagai satu inisiatif kreatif dan kontemporari dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta memperkasakan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan ahli persatuan bahasa. Pendekatan yang digunakan berteraskan pembelajaran santai, menyeronokkan dan interaktif melalui konsep game-based learning, sekali gus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan relevan kepada generasi pelajar masa kini. E-manual ini menghimpunkan empat aktiviti utama yang dirancang secara sistematik dengan objektif membina dan mengukuhkan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kepimpinan, kreativiti, fokus serta semangat kerja berpasukan. Setiap aktiviti telah disusun agar peserta dapat berinteraksi dalam Bahasa sasaran, iaitu bahasa Arab, secara aktif melalui tugasan berkumpulan, arahan dalam bahasa sasaran, serta elemen cabaran dan kerjasama. Penggunaan Padlet sebagai medium utama membolehkan penyampaian bahan dalam bentuk visual dan interaktif seperti panduan aktiviti, video demonstrasi, gambar interaksi peserta, ruangan maklum balas dan refleksi pelajar. Ciri mesra pengguna Padlet turut membolehkan akses yang mudah dan fleksibel oleh fasilitator dan peserta dari pelbagai peranti. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menyemarakkan minat terhadap bahasa Arab, malah mewujudkan satu bentuk latihan sosial dan bahasa yang holistik dan inklusif terhadap keperluan pembelajaran abad ke-21. Ia berpotensi untuk menjadi model rujukan dalam penganjuran aktiviti berimpak tinggi oleh persatuan bahasa secara berstruktur dan berkesan.

Publication Details

Journal
UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Published
2025-09-01
Primary Topic
Educational Methods and Technology
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

e-Manual interaktif Bahasa Arab: bangun pasukan, bina bahasa

UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Educational Methods and Technology
article

e-Manual interaktif Bahasa Arab: bangun pasukan, bina bahasa

article en

Abstract

Projek inovasi ini mengetengahkan pembangunan e-Manual Interaktif Aktiviti Bahasa Arab yang dibangunkan melalui platform digital Padlet, sebagai satu inisiatif kreatif dan kontemporari dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta memperkasakan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan ahli persatuan bahasa. Pendekatan yang digunakan berteraskan pembelajaran santai, menyeronokkan dan interaktif melalui konsep game-based learning, sekali gus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan relevan kepada generasi pelajar masa kini. E-manual ini menghimpunkan empat aktiviti utama yang dirancang secara sistematik dengan objektif membina dan mengukuhkan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kepimpinan, kreativiti, fokus serta semangat kerja berpasukan. Setiap aktiviti telah disusun agar peserta dapat berinteraksi dalam Bahasa sasaran, iaitu bahasa Arab, secara aktif melalui tugasan berkumpulan, arahan dalam bahasa sasaran, serta elemen cabaran dan kerjasama. Penggunaan Padlet sebagai medium utama membolehkan penyampaian bahan dalam bentuk visual dan interaktif seperti panduan aktiviti, video demonstrasi, gambar interaksi peserta, ruangan maklum balas dan refleksi pelajar. Ciri mesra pengguna Padlet turut membolehkan akses yang mudah dan fleksibel oleh fasilitator dan peserta dari pelbagai peranti. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menyemarakkan minat terhadap bahasa Arab, malah mewujudkan satu bentuk latihan sosial dan bahasa yang holistik dan inklusif terhadap keperluan pembelajaran abad ke-21. Ia berpotensi untuk menjadi model rujukan dalam penganjuran aktiviti berimpak tinggi oleh persatuan bahasa secara berstruktur dan berkesan.

UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
Quality Education
Openalex Percentile: Top 28%
Educational Methods and Technology
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.