Keperluan membangunkan modul elektronik bagi pembelajaran bertutur bahasa Arab

Pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian adalah salah satu cabang kajian bahasa Arab yang perlu diperkasai agar kemajuan pembelajaran bahasa berbantukan teknologi dan multimedia di Malaysia tidak ketinggalan zaman. Tidak dinafikan, peralihan drastik kepada mod pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu memaksa semua pihak beradaptasi dengan cepat bagi memastikan kelestarian pendidikan terus terpelihara. Natijahnya, pelbagai kesulitan dihadapi oleh pelajar dan pengajar dalam mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab. Situasi ini menuntut kebijaksanaan untuk mengatasi sebarang kesukaran yang timbul, termasuk mempertimbangkan kesesuaian bahan sokongan dan alat bantu yang digunakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan penggunaan modul elektronik berasaskan multimedia sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab tahap asas secara dalam talian. Kajian kualitatif ini menggunakan temu bual separa berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 12 orang pelajar sarjana muda dan tiga orang pengajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Seterusnya, data dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas ti. versi 8.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kesukaran utama yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari kemahiran bertutur dalam talian iaitu kekangan bahasa, teknologi, aktiviti pembelajaran dan pengajar. Sedangkan, pengajar pula mengutarakan tiga kesukaran lain iaitu kekangan dari aspek silibus pelajaran dan masa belajar, perhatian kepada pelajar dan kebergantungan pelajar. Bagi mengatasi kesukaran tersebut pelajar mencadangkan sembilan penambahbaikan, manakala di pihak pengajar pula sejumlah lima penambahbaikan telah dicadangkan. Akhirnya, semua peserta kajian sepakat bahawa modul elektronik berpotensi menawarkan solusi bagi membantu meningkatkan kualiti pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab secara dalam talian sekali gus menekankan keperluan agar sebuah modul elektronik khusus dibangunkan.

Publication Details

Journal
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia)
Published
2024-08-31
Primary Topic
Educational Methods and Technology
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

Keperluan membangunkan modul elektronik bagi pembelajaran bertutur bahasa Arab

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia)
Educational Methods and Technology
article

Keperluan membangunkan modul elektronik bagi pembelajaran bertutur bahasa Arab

article en

Abstract

Pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian adalah salah satu cabang kajian bahasa Arab yang perlu diperkasai agar kemajuan pembelajaran bahasa berbantukan teknologi dan multimedia di Malaysia tidak ketinggalan zaman. Tidak dinafikan, peralihan drastik kepada mod pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu memaksa semua pihak beradaptasi dengan cepat bagi memastikan kelestarian pendidikan terus terpelihara. Natijahnya, pelbagai kesulitan dihadapi oleh pelajar dan pengajar dalam mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab. Situasi ini menuntut kebijaksanaan untuk mengatasi sebarang kesukaran yang timbul, termasuk mempertimbangkan kesesuaian bahan sokongan dan alat bantu yang digunakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan penggunaan modul elektronik berasaskan multimedia sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab tahap asas secara dalam talian. Kajian kualitatif ini menggunakan temu bual separa berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 12 orang pelajar sarjana muda dan tiga orang pengajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Seterusnya, data dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas ti. versi 8.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kesukaran utama yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari kemahiran bertutur dalam talian iaitu kekangan bahasa, teknologi, aktiviti pembelajaran dan pengajar. Sedangkan, pengajar pula mengutarakan tiga kesukaran lain iaitu kekangan dari aspek silibus pelajaran dan masa belajar, perhatian kepada pelajar dan kebergantungan pelajar. Bagi mengatasi kesukaran tersebut pelajar mencadangkan sembilan penambahbaikan, manakala di pihak pengajar pula sejumlah lima penambahbaikan telah dicadangkan. Akhirnya, semua peserta kajian sepakat bahawa modul elektronik berpotensi menawarkan solusi bagi membantu meningkatkan kualiti pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab secara dalam talian sekali gus menekankan keperluan agar sebuah modul elektronik khusus dibangunkan.

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia)
Quality Education
Openalex Percentile: Top 30%
Educational Methods and Technology
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.

Keperluan membangunkan modul elektronik bagi pembelajaran bertutur bahasa Arab · Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia) (2024) | TGRS Research Map | TGRS