Pendidikan alam sekitar: membangun kesedaran dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar / Nurul’ Ain Jamion and Ratna Zuarni Ramli
Pendidikan alam sekitar memainkan peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan tanggungjawab individu terhadap kelestarian alam sekitar. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi, isu pencemaran, eksploitasi sumber semula jadi, dan perubahan iklim semakin mendesak perhatian global. Oleh itu, pendidikan alam sekitar bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang prinsip-prinsip asas dalam konteks ekosistem, tetapi juga untuk membentuk sikap dan tindakan proaktif dalam kalangan masyarakat bagi melindungi persekitaran. Usaha untuk membendung permasalahan ini sebenarnya telah banyak dilaksanakan. Saban tahun, pelbagai program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dianjurkan dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Namun, impaknya masih belum mencapai tahap yang diharapkan. Hal ini dapat dilihat apabila masih terdapat ramai individu yang tanpa segan silu membuang sampah di merata-rata tempat kerana tiada rasa tanggungjawab. Keadaan ini dengan jelas mencerminkan bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih berada pada tahap yang rendah.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00