MindRest: intervensi audio-visual terapeutik bagi meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan
Insomnia merupakan isu serius dalam kalangan warga pendidikan yang menjejaskan kualiti tidur, fokus, kestabilan emosi, dan kesejahteraan keseluruhan. Inovasi MindRest, berasaskan prinsip Cognitive Behavioural Therapy for Insomnia (CBT-I), dibangunkan sebagai intervensi kendiri yang lembut dan mesra pengguna melalui audio ambient dan visualisasi menenangkan. Kajian ini melibatkan 16 responden (pensyarah, staf, dan pelajar IPGKRM) yang mengikuti dua sesi intervensi iaitu mendengar audio ambient selama 15 minit dan menonton visualisasi dengan audio sama dalam suasana relaksasi terkawal. Instrumen penilaian menggunakan 8 item skala Likert yang diinspirasikan daripada Insomnia Severity Index (ISI) dan Perceived Stress Scale (PSS). Hasil kajian menunjukkan 100% responden berasa lebih tenang selepas intervensi, majoriti melaporkan fikiran lebih teratur dan tekanan berkurangan, manakala 56% tertidur secara tidak sengaja semasa sesi; dengan skor purata semua item melebihi 4.0/5. Dapatan ini membuktikan MindRest berkesan dalam meningkatkan ketenangan emosi serta kualiti tidur, mudah diakses tanpa peralatan khas, dan berpotensi dikembangkan sebagai modul sokongan relaksasi kendiri serta komponen kesihatan mental di institusi pendidikan.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-09-01
- Primary Topic
- Sleep and related disorders
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00