Sejauh mana kepentingan pendidikan percukaian dalam meningkatkan kesedaran cukai di kalangan pembayar cukai / Saifulrizan Norizan ... [et al.]
Di Malaysia, pendidikan berkualiti seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) dan pendidikan percukaian di kalangan pembayar cukai saling berkait rapat kerana merupakan komponen terpenting dalam melahirkan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan bertanggungjawab. SDG 4 menekankan kepentingan pendidikan berkualiti yang inklusif dan adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar kehidupan ekonomi seseorang untuk membolehkan mereka memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi rakyat yang bertanggunjawab. Dalam konteks pendidikan percukaian, memberikan pendidikan yang berkualiti mengenai sistem percukaian membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman pembayar cukai tentang kewajipan cukai mereka. Dengan pendidikan yang baik, rakyat bukan sahaja dapat mematuhi undang-undang percukaian, tetapi juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara, selaras dengan matlamat pembangunan mampan global.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Fisheries and Aquaculture Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00