Pendidikan berkualiti bermula dari rumah / Fauziah Deraman ... [et al.]
Pendidikan berkualiti tidak hanya bergantung kepada institusi formal seperti sekolah atau universiti, tetapi juga bermula dari asas yang dibina di rumah. Rumah adalah tempat pertama seorang anak belajar nilai, norma, dan asas kemahiran yang membentuk keperibadian serta pandangan hidup mereka. Di rumah, ibu bapa merupakan pendidik utama dan yang paling mempengaruhi kehidupan seorang anak. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak diajar nilai-nilai murni seperti kejujuran, hormat, dan tanggungjawab. Bimbingan moral dan teladan yang baik melalui tindakan dan kata-kata yang baik juga sangat penting kerana anak-ank biasanya akan mengajuk perbuatan ibu bapa. Selain itu, persekitaran rumah yang kondusif perlu ada untuk menyokong pembelajaran. Ibu bapa perlu menyediakan ruang khas untuk belajar. Ruang yang disediakan perlu mempunyai pencahayaan yang mencukupi, peralatan pembelajaran yang sesuai, dan suasana yang tenang.
Publication Details
- Journal
- UiTM Institutional Repositories (Universiti Teknologi MARA)
- Published
- 2025-05-01
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00