Pendekatan Pergerakan Berirama dalam Pembelajaran Rekoder untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi Murid Sekolah Rendah Berprestasi Akademik Rendah

Kajian ini bertujuan meneroka potensi integrasi pergerakan berirama dalam pembelajaran muzik rekoder sebagai pendekatan inovatif untuk meningkatkan kecerdasan emosi (EI), yang diukur melalui EQ (Emotional Quotient), dalam kalangan murid dengan tret masalah emosi serta berprestasi rendah. Kajian ini turut menyumbang kepada pembangunan intervensi pendidikan yang lebih komprehensif dan berkesan. Pendekatan campuran (mixed methods) digunakan dengan melibatkan 18 orang murid berprestasi akademik rendah (di bawah Tahap Penguasaan 2) dan memiliki tret masalah emosi. Data dikumpul melalui soal selidik ujian pra-pasca, pemerhatian, dan temu bual melibatkan tujuh orang peserta, dan dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan serta analisis tematik. Intervensi melibatkan aktiviti muzik individu, berpasangan, dan berkumpulan selama empat jam, dengan fokus kepada elemen EQ seperti kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, empati, kemahiran sosial, dan motivasi. Keputusan menunjukkan peningkatan signifikan dalam EQ murid berdasarkan ujian-t berpasangan (M pra = 6.11, M pasca = 6.95, p = 0.02). Pemerhatian dan temu bual menunjukkan perubahan tingkah laku positif seperti peningkatan interaksi sosial, penglibatan aktif, serta keupayaan bekerjasama. Murid yang pada awalnya pasif menunjukkan keyakinan dan semangat lebih tinggi, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dapatan membuktikan bahawa integrasi pergerakan berirama dalam permainan rekoder bukan sekadar pengalaman muzikal tetapi juga medium pedagogi efektif untuk membangunkan EI (sebagaimana tercermin dalam peningkatan skor EQ) dan meningkatkan pencapaian akademik murid. Selain jalinan reflektif dan kolaboratif, kajian ini turut menawarkan pendekatan intervensi relevan untuk pendidikan abad ke-21. Kajian lanjut disarankan untuk meneroka keberkesanan muzik ini dalam subjek teras seperti matematik, sains, dan bahasa, termasuk penggunaan teknologi.

Institutions

Publication Details

Journal
Malaysian Journal of Music
Published
2025-11-14
DOI
https://doi.org/10.37134//mjm.vol14.1.4.2025
Primary Topic
Diverse Music Education Insights
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

Pendekatan Pergerakan Berirama dalam Pembelajaran Rekoder untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi Murid Sekolah Rendah Berprestasi Akademik Rendah

Malaysian Journal of Music
Diverse Music Education Insights
article

Pendekatan Pergerakan Berirama dalam Pembelajaran Rekoder untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi Murid Sekolah Rendah Berprestasi Akademik Rendah

article en

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka potensi integrasi pergerakan berirama dalam pembelajaran muzik rekoder sebagai pendekatan inovatif untuk meningkatkan kecerdasan emosi (EI), yang diukur melalui EQ (Emotional Quotient), dalam kalangan murid dengan tret masalah emosi serta berprestasi rendah. Kajian ini turut menyumbang kepada pembangunan intervensi pendidikan yang lebih komprehensif dan berkesan. Pendekatan campuran (mixed methods) digunakan dengan melibatkan 18 orang murid berprestasi akademik rendah (di bawah Tahap Penguasaan 2) dan memiliki tret masalah emosi. Data dikumpul melalui soal selidik ujian pra-pasca, pemerhatian, dan temu bual melibatkan tujuh orang peserta, dan dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan serta analisis tematik. Intervensi melibatkan aktiviti muzik individu, berpasangan, dan berkumpulan selama empat jam, dengan fokus kepada elemen EQ seperti kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, empati, kemahiran sosial, dan motivasi. Keputusan menunjukkan peningkatan signifikan dalam EQ murid berdasarkan ujian-t berpasangan (M pra = 6.11, M pasca = 6.95, p = 0.02). Pemerhatian dan temu bual menunjukkan perubahan tingkah laku positif seperti peningkatan interaksi sosial, penglibatan aktif, serta keupayaan bekerjasama. Murid yang pada awalnya pasif menunjukkan keyakinan dan semangat lebih tinggi, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dapatan membuktikan bahawa integrasi pergerakan berirama dalam permainan rekoder bukan sekadar pengalaman muzikal tetapi juga medium pedagogi efektif untuk membangunkan EI (sebagaimana tercermin dalam peningkatan skor EQ) dan meningkatkan pencapaian akademik murid. Selain jalinan reflektif dan kolaboratif, kajian ini turut menawarkan pendekatan intervensi relevan untuk pendidikan abad ke-21. Kajian lanjut disarankan untuk meneroka keberkesanan muzik ini dalam subjek teras seperti matematik, sains, dan bahasa, termasuk penggunaan teknologi.

Malaysian Journal of Music(14)
Universiti Teknologi MARA (MY)
Openalex Percentile: Top 66%
Diverse Music Education Insights
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.

Pendekatan Pergerakan Berirama dalam Pembelajaran Rekoder untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi Murid Sekolah Rendah Berprestasi Akademik Rendah · Malaysian Journal of Music (2025) | TGRS Research Map | TGRS