Pengaruh Pembelajaran Ilmu Turath terhadap Guru AgamaKurikulum Bersepadu Dini (KBD)
Kajian ini meneliti pengaruh pembelajaran ilmu turath terhadap guru agama Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Tujuan utama adalah mengenal pasti keperluan ilmu turath serta kesannya terhadap penguasaan ilmu dan akhlak guru. Kepentingan kajian ini terletak pada isu kekurangan guru berkemahiran dan penguasaan silibus KBD. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dengan kaedah kualitatif melalui temu bual. Seramai enam orang guru agama KBD di tiga buah sekolah menengah agama daerah Kinta Utara, Perak telah dipilih sebagai informan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Data yang diperolehi telah dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan ilmu turath amat penting kerana ia menjadi asas dalam pengajaran mata pelajaran Usuluddin, Syari’ah dan Turath. Guru yang menguasai turath lebih yakin, mampu menghubungkan tradisi dengan isu kontemporari serta memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek akhlak, kebanyakan guru berpendapat turath membantu pembentukan sahsiah, walaupun kesannya bergantung kepada individu. Kesimpulannya, penguasaan ilmu turath merupakan elemen penting dalam melahirkan guru KBD yang berpengetahuan, berkeyakinan dan berakhlak mulia.
Institutions
- Sultan Idris Education University (MY)
Publication Details
- Journal
- Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture
- Published
- 2025-11-06
- DOI
- https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.4.2025
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00