Peranan Ibu Bapa Memantapkan Anak dalam Memahami Akidah Islam: Tinjauan di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam mendidik anak untuk memahami dan menghayati akidah Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyertaan ibu bapa dalam program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian dan di atas talian, mengenal pasti pendekatan ibu bapa dalam memantapkan kefahaman akidah, dan menganalisis kefahaman ibu bapa terhadap cabaran dunia dalam mendidik anak. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak mudah dalam kalangan ibu bapa di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan purata min tinggi bangi konstruk penyertaan responden dalam program-program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian (min= 3.68), dan penyertaan dalam program pengajian berkaitan akidah di atas talian (online) (min=3.88). Dapatan juga menunjukkan purata min sangat tinggi bagi konstruk pendekatan responden dalam memantapkan anak memahami akidah Islam (min= 4.39), dan kefahaman responden mendidik anak dalam menghadapi cabaran dunia semasa (min= 4.05). Implikasi kajian menunjukkan penyertaan program pengajian berkaitan akidah Islam telah memberikan kesan positif dengan mendorong pendekatan yang efektif dalam mendidik anak memahami akidah Islam dan memahami cabaran dunia semasa. Keperluan golongan ibu dan bapa mendapat pendedahan dalam penggunaan teknologi komunikasi terkini seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan sebagainya.

Institutions

Publication Details

Journal
Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture
Published
2025-11-10
DOI
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.6.2025
Primary Topic
Education and Islamic Studies
Type
article
Field-Weighted Citation Impact
0.00
Controls
|||
ALL TIME
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
article

Peranan Ibu Bapa Memantapkan Anak dalam Memahami Akidah Islam: Tinjauan di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture
Education and Islamic Studies
article

Peranan Ibu Bapa Memantapkan Anak dalam Memahami Akidah Islam: Tinjauan di Daerah Pasir Mas, Kelantan

article en

Abstract

Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam mendidik anak untuk memahami dan menghayati akidah Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyertaan ibu bapa dalam program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian dan di atas talian, mengenal pasti pendekatan ibu bapa dalam memantapkan kefahaman akidah, dan menganalisis kefahaman ibu bapa terhadap cabaran dunia dalam mendidik anak. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak mudah dalam kalangan ibu bapa di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan purata min tinggi bangi konstruk penyertaan responden dalam program-program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian (min= 3.68), dan penyertaan dalam program pengajian berkaitan akidah di atas talian (online) (min=3.88). Dapatan juga menunjukkan purata min sangat tinggi bagi konstruk pendekatan responden dalam memantapkan anak memahami akidah Islam (min= 4.39), dan kefahaman responden mendidik anak dalam menghadapi cabaran dunia semasa (min= 4.05). Implikasi kajian menunjukkan penyertaan program pengajian berkaitan akidah Islam telah memberikan kesan positif dengan mendorong pendekatan yang efektif dalam mendidik anak memahami akidah Islam dan memahami cabaran dunia semasa. Keperluan golongan ibu dan bapa mendapat pendedahan dalam penggunaan teknologi komunikasi terkini seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan sebagainya.

Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and CultureVol. 3(2)
Sultan Idris Education University (MY)
Openalex Percentile: Top 65%
Education and Islamic Studies
AI Navigator

Ask Laika to Summarize, Analyze, and Connect papers live on the map.

Summarize Papers & Methodologies

Extract key findings, datasets, and comparative methods across publications.

Benchmark Rankings & Visual Analytics

Rank top research institutions, authors, funders, topics, and journals by Field-Weighted Citation Impact (FWCI) and paper volume with instant charts.

Connect Distant Disciplines

Bridge topological clusters on the map to find hidden collaborative intersections.