Tahap Kefahaman Amalan Khurafat dalam kalangan Murid Sekolah Menengah Agama di Daerah Papar, Sabah
Amalan khurafat merupakan amalan yang dilarang dalam Islam. Walaupun dilihat suatu kelaziman dan diamalkan dalam masyarakat, namun ia memberikan kesan terhadap akidah umat Islam. Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai masyarakat yang berbilang suku kaum, kepercayaan dan adat resam. Terdapat campur aduk adat resam yang diamalkan dan mempunyai unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan akidah Islam. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pasti kefahaman murid sekolah menengah agama terhadap amalan khurafat, faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi murid sekolah menengah agama terhadap amalan khurafat dan menganalisis tahap kefahaman murid terhadap amalan khurafat dalam membentuk tindakan murid sekolah menengah agama. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Seramai 52 responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah di sekolah menengah agama di daerah Papar, Sabah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian perisian Statiscal Packages For Sosial Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan nilai min. Hasil kajian mendapati purata min bagi tahap kefahaman amalan khurafat dalam kalangan responden ialah 4.27, purata min faktor-faktor mempengaruhi responden dalam memahami amalan khurafat ialah 3.96 dan purata min kesan tahap kefahaman murid terhadap amalan khurafat dalam membentuk tindakan ialah 4.46. Implikasi kajian menunjukkan bahawa terdapat faktor yang boleh mempengaruhi pemahaman murid terhadap amalan khurafat dan memberikan kesan terhadap perbuatan atau tindakan dalam kehidupan seharian.
Institutions
- Sultan Idris Education University (MY)
Publication Details
- Journal
- Al-Makrifah Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture
- Published
- 2025-06-20
- DOI
- https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.1.9.2025
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00