Student Satisfaction Level Towards Zakat Management At Uitm Cawangan Sabah
This study aims to assess the level of student satisfaction with the zakat management at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, focusing on the application and distribution processes. Although zakat management in higher education institutions has been studied previously, there remains a lack of research specifically addressing student experiences and satisfaction in the state of Sabah. Therefore, this study seeks to bridge this gap by examining the perspectives of 120 randomly selected students who have undergone the zakat application process at UiTM Cawangan Sabah. Data were collected through a questionnaire assessing aspects of human resource services, application procedures, and the effectiveness of zakat distribution. The findings indicate that, overall, respondents exhibit a high level of satisfaction with zakat management, particularly in terms of service efficiency and the smoothness of the application process. However, delays in zakat distribution and the adequacy of the allocated funds remain challenges that require the university’s attention. The findings of this study not only provide valuable insights for UiTM Cawangan Sabah in enhancing the efficiency of its zakat management system but also contribute to the literature on zakat management in the context of higher education institutions in Malaysia, particularly in Sabah. AbstrakKajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah terhadap pengurusan zakat yang dijalankan oleh institusi ini, dengan fokus kepada proses permohonan dan agihan zakat. Meskipun pengurusan zakat di institusi pendidikan tinggi telah dikaji sebelum ini, masih terdapat kekurangan kajian yang memberi tumpuan khusus kepada pengalaman dan kepuasan pelajar di negeri Sabah. Oleh itu, kajian ini mengisi jurang tersebut dengan meneliti perspektif 120 pelajar yang dipilih secara rawak sebagai responden yang pernah melalui proses permohonan zakat di UiTM Cawangan Sabah. Data diperoleh melalui soal selidik yang menilai aspek perkhidmatan sumber manusia, prosedur permohonan, dan keberkesanan agihan zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengurusan zakat, terutamanya dari segi kecekapan perkhidmatan dan kelancaran proses permohonan. Namun, isu kelewatan dalam agihan serta jumlah zakat yang diterima masih menjadi cabaran yang perlu diberi perhatian oleh pihak universiti. Dapatan kajian ini bukan sahaja menyediakan maklumat yang berguna kepada pengurusan UiTM Cawangan Sabah dalam meningkatkan kecekapan sistem zakat, tetapi juga menyumbang kepada literatur berkaitan pengurusan zakat dalam konteks institusi pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya di Sabah.
Authors
- Razizi Tarmuji
- Nor Alhana Abd Malik
- Saiful Nizam Amran
- Sharifah Sari Datu Asal
Publication Details
- Journal
- al-Qanatir International Journal of Islamic Studies
- Published
- 2025-08-04
- DOI
- https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3404/1216
- Primary Topic
- Islamic Finance and Banking Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00