The Effectiveness Of Implementation Cash Waqf In Sekolah Agama Rakyat (Sar): An Analysis Of Three Selected Sars In Pahang
Sekolah Agama Rakyat (SAR) is one of the religious school streams in Malaysia. SARs are primarily established through private funding. As a result, many SARs in Malaysia face financial constraints in managing their school administration. Therefore, this study explores strategies that SAR administrators can implement to alleviate financial burdens through the cash waqf instrument. The main objective of this study is to examine the implementation of cash waqf and analyze its effectiveness in sustaining governance at SARs. This research employs a qualitative approach, using face-to-face interviews as the primary data collection method with semi-structured questions. The study involved three respondents, including the chairman and principal from three selected SARs in the state of Pahang. The collected data is further supported by secondary sources such as books, magazines, journals, and articles. The data was analyzed using content analysis methods. The findings indicate that all three SARs studied have implemented cash waqf as part of their financial resources for school governance. The cash waqf funds were contributed by various community groups, including individuals and non-governmental organizations (NGOs). These funds have successfully facilitated the construction of new school buildings and prayer halls, as well as the enhancement of existing facilities. This study hopes that the cash waqf implementation approach adopted by the selected SARs can serve as a model for other SARs in Malaysia and other educational institutions in their efforts to alleviate financial burdens in school governance. AbstrakSekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan antara sekolah aliran agama yang terdapat di Malaysia. Penubuhan SAR kebanyakannya menggunakan dana persendirian. Oleh sebab itu, kebanyakan SAR di Malaysia berhadapan dengan kekangan kewangan dalam urus tadbir sekolah. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan strategi yang dapat dilaksanakan oleh pentadbir SAR untuk mengurangkan bebanan kewangan melalui instrumen wakat tunai. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan wakaf tunai dan menganalisis keberkesanan pelaksanaan wakaf tunai untuk melestarikan urus tadbir di Sekolah Agama Rakyat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Temu bual secara bersemuka dilakukan sebagai kaedah pengumpulan data menggunakan soalan separa berstruktur yang melibatkan tiga orang responden yang terdiri daripada pengerusi dan pengetua SAR di tiga buah SAR yang terpilih di negeri Pahang. Data kajian ini juga disokong oleh sumber sekunder seperti buku, majalah, jurnal, artikel dan lain-lain. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga buah SAR yang dikaji melaksanakan wakaf tunai sebagai sebahagian daripada sumber kewangan urus tadbir sekolah. Dana wakaf tunai diperoleh daripada pelbagai kelompok masyarakat misalnya individu dan juga badan NGO. Hasil kutipan dana wakaf tersebut berjaya membina bangunan sekolah yang baru, surau serta dapat menambahbaik bangunan sediada. Kajian ini mengharapkan agar kaedah pelaksanaan wakaf tunai oleh SAR yang terpilih dapat dijadikan panduan bagi SAR di Malaysia serta institusi pendidikan yang lain dalam usaha mengurangkan beban kewangan dalam urus tadbir sekolah.
Authors
- Mohd Nasir Ayub (ORCID: https://orcid.org/0000-0002-5730-0974)
- Che Khadijah Hamid
- Sakinatul Raadiyah Abdullah (ORCID: https://orcid.org/0009-0007-1246-4741)
- Surita Hartini Mat Hassan (ORCID: https://orcid.org/0000-0002-0998-5374)
- Salimah Yahaya
Publication Details
- Journal
- al-Qanatir International Journal of Islamic Studies
- Published
- 2025-08-04
- DOI
- https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3404/1214
- Primary Topic
- Islamic Finance and Banking Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00