Identiti Masyarakat Thai di Langkawi dan Satun dari Perspektif Geolinguistik
Space plays an important role in sustaining the human life. Topographic factors such as rivers, fertile lowlands and highlands become the main attractions for a community that wants to form a new settlement and its identity. No rigid demarcation line could stop the community from migrating to other settlements. We can also observe the distribution of language or dialects in this settlement. It can be either a monolingual community and/ or a mixture of dialects and languages simultaneously. This study examines Malay Satun’s dialect in Langkawi and Malay Satun in Thailand. This study adopts fieldwork research to garner substantial data. The respondents are the elderly, adults and adolescents who can provide primary data. Then, the data are transcribed and analysed based on the Geographic Information System (GIS). The four selected lexicons are “water”, “pillow”, “coconut” and “sharp”. The findings proved that the socio-cultural elements, history, migration, education and demarcation factors influence the dissemination of both dialects. The mobility of these two communities has shown a mixture of both dialects with high intelligibility even though they came from different regions. In addition, this study creates an innovation in the dialectology discipline as the GIS employed has successfully produced a new isogloss of the Malay dialects in both regions. Ruang memainkan peranan penting dalam kesinambungan hidup manusia. Topografi seperti sungai, tanah pamah yang subur dan tanah tinggi menjadi tarikan utama untuk sesebuah komuniti membentuk petempatan baharu dan identiti mereka. Malah, tiada persempadanan tegar yang boleh menghalang sesebuah komuniti untuk berpindah ke kawasan lain. Sehubungan itu, kita boleh memerhatikan penyebaran bahasa atau dialek di petempatan ini. Hal ini boleh membentuk sama ada komuniti monolingual dan/atau percampuran dialek dan bahasa pada masa yang sama. Kajian ini meneliti dialek Melayu Satun di Langkawi dan dialek Melayu di Satun, Thailand. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan untuk membolehkan data yang mencukupi dikumpul. Responden terdiri daripada warga tua, dewasa dan remaja yang boleh membekalkan data primer. Data tersebut kemudiannya ditranskripsi dan dianalisis berasaskan Geographic Information System (Sistem Maklumat Geografi, GIS). Empat leksikon telah terpilih iaitu “air”, “bantal”, “kelapa” dan “tajam”. Dapatan kajian membuktikan bahawa penyebaran kedua-dua dialek dipengaruhi oleh elemen sosiobudaya, sejarah, migrasi, pendidikan dan persempadanan. Mobiliti bagi kedua-dua komuniti ini menunjukkan percampuran kedua-dua dialek dengan kadar kesalingfahaman yang tinggi meskipun datang dari wilayah yang berbeza. Sebagai tambahan, kajian ini telah mencipta inovasi dalam disiplin dialektologi kesan daripada penggunaan GIS yang berjaya menghasilkan isoglos baharu bagi dialek Melayu di kedua-dua wilayah ini.
Authors
- Nor Hashimah Jalaluddin (ORCID: https://orcid.org/0000-0003-3239-262X)
- Adriana Santa Tinggom (ORCID: https://orcid.org/0000-0002-1107-2910)
- Siti Noraini Hamzah
Institutions
- International Islamic University Malaysia (MY)
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (MY)
- National University of Malaysia (MY)
Publication Details
- Journal
- KEMANUSIAAN the Asian Journal of Humanities
- Published
- 2025-05-27
- DOI
- https://doi.org/10.21315/kajh2025.32.1.9
- Primary Topic
- Linguistic Variation and Morphology
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00