APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN GAYA PEMBELAJARAN (VAK) BAGI SUBJEK SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA
Abstract: Learning is a continuous process for every individual student, each possessing unique learning styles. This study aims to evaluate the extent to which the application of learning techniques based on the Visual, Audio, Kinesthetic (VAK) learning style affects students' understanding and motivation regarding the topic of movement and gas exchange in the human body through the Science subject in Form Three. The study employed observational methods, survey instruments, pre-intervention questions, post-intervention questions, and interviews. The respondents consisted of 20 Form Three students from Madrasah Moden Terengganu. The study found that only 20% of students were focused on the teaching process, while 80% of Form Three students showed no interest in Science learning before the intervention. All students demonstrated an improvement in understanding the taught topic after teachers applied VAK-based teaching techniques. The study also showed an increase in students' motivation to learn the Science subject. Students better understood the topics taught and became more enthusiastic. The findings indicate that teachers play a crucial role as agents of change in identifying students' learning techniques and styles. Using teaching methods that align with students' learning styles can have a positive impact on students. Therefore, teachers are advised to identify students' learning styles as early as possible before initiating the teaching and learning process to facilitate the preparation of suitable teaching materials and methods. In conclusion, the application of appropriate learning techniques and styles can enhance students' understanding and motivation, making the teaching and learning process more meaningful. Keywords: VAK Learning Style; Visual, Audio; Kinesthetic; Science Abstrak: Pembelajaran merupakan suatu proses berterusan bagi setiap individu pelajar. Mereka mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di antara satu sama lain. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana aplikasi pembelajaran berasaskan teknik dan gaya pembelajaran Visual, Audio, Kinestetik (VAK) memberi kesan kepada kefahaman dan motivasi pelajar bagi tajuk pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia menerusi mata pelajaran Sains tingkatan tiga. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, instrumen soal selidik, soalan pre-intervensi, soalan pasca-intervensi dan juga temubual. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan tiga Madrasah Moden Terengganu. Hasil kajian mendapati hanya 20% pelajar fokus terhadap proses pengajaran dan 80% pelajar tingkatan tiga tidak berminat terhadap pembelajaran Sains sebelum intervensi dijalankan. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan dalam memahami tajuk yang diajar setelah guru mengaplikasikan teknik pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran VAK. Kajian juga menunjukkan tahap motivasi pelajar untuk belajar subjek Sains turut meningkat. Pelajar lebih memahami tajuk yang diajar dan menyebabkan mereka lebih bersemangat. Guru berperanan dalam mengenal pasti teknik dan gaya pembelajaran pelajar. Penggunaan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar mampu memberi impak yang positif kepada pelajar. Kesimpulannya, pengaplikasian teknik dan gaya pembelajaran yang tepat mampu meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Kata Kunci: Gaya Pembelajaran VAK; Visual; Audio; Kinestetik; Sains
Authors
- Wan Omar Ali Saifuddin Wan Ismail (ORCID: https://orcid.org/0000-0002-8605-6448)
- Muhammad Husin
- Rosyafirah Hashim
- Muhammad Rodhiuddin Rosman
- Abdul Basyir Ruslam
- Muhammad Azri Wahyid
Institutions
- Sultan Zainal Abidin University (MY)
Publication Details
- Journal
- Asian People Journal (APJ)
- Published
- 2025-04-29
- DOI
- https://doi.org/10.37231/apj.2025.8.1.451
- Primary Topic
- Education and Islamic Studies
- Type
- article
- Field-Weighted Citation Impact
- 0.00